Bina Laman Web

Nota Kuliah
Perisian Web Dan Upload


1. Belajar Mengguna Email (GMAIL)
  • Mencipta akaun email dengan syarikat gmail.
  • Google - sistem email (Gmail) yang sangat baik,ruang simpanan email sangat besar.
  • Mulakan gmail dengan daftar dengan akaun gmail, login, memadam, menghantar danmenerima email
  • Gmail - Mencipta akaun gmail. Daftar akaun di www.gmail.com .
  • Isi borang pendaftaran akaun gmail. 
  • Ingat soalan yang anda akan pilih di dalam borang pendaftaran dan ingat jawapannya.jawapan tersebut diperlukan semasa lupa password nanti.
2. Membina Website

Untuk membina sebuah website perlu memahami 3 komponen asas berikut:

1. Website (Rumah)
  • website itu adalah seperti rumah atau pejabat kita.
  • Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata, papan, paku, syiling dan sebagainya.
  • Untuk membina website, memerlukan perisian pembangunan web seperti Macromedia Dreamweaver, Microsoft Frontpage dan perisian-perisian yang lain.
  • Website pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya

    2.  Nama Domain (Alamat)
    • Nama domain pula boleh dianggap seperti alamat rumah.
    • Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web.
    •  Jika  tidak mempunyai nama domain, ia adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda

      3. Webhosting (Tapak Rumah)
      • Webhosting pula boleh dianggap sebagai tanah/tapak rumah bagi rumah anda.
      • Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah.
      • Oleh itu,  mesti mempunyai webhosting jika  ingin memiliki sebuah website.
      • Webhosting adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh akses kepadanya.
      • Oleh itu, anda perlulah meletakkan website di webhosting untuk orang ramai mengaksesnya.

        3.   Pembekal/penyedia WebHosting dan Domain
        1. Nama domain  boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang banyak terdapat di internet.
        2. Nama domain ini biasanya anda boleh dapati dengan harga serendah RM35 setahun hinggalah ke RM150 setahun.
        3. Diantara pembekal webhosting ialah web hosting di Server Freak, Global Domains International, Inc,  KL Server
        4. Antara web hosting terbaik dan termurah di Malaysia
                 http://www.internet-webhosting.com/index.php

        4.    Belajar Membina Website Dengan FrontPage 2003
        Sebelumnya :   Pastikan PC anda ada perisian frontpage
        1. Download dan install frontpage di: http://www.mediafire.com/?jn1wzfijm0n
        2. Ikuti totarial frontpage: http://interactivetutorials.net/download.html 
        3. Apa yang perlu pelajari:
        •           Bina web pages, Pilih theme
        •           Bina table layout
        •           Mewarnai table layout
        •           Marquee, Masukkan Tulisan & Gambar
        •           Tukar warna text, Masukkan butang dan link
        •           Bina Sidebar, Masukan Gambar & Text
        •           Susun sidebar, baiki navigation bar, tengahkan webpage
        •           Copy design dan paste dalam setiap page
        •           Isi page dengan content dan gambar
        •           Isi page contact dengan content
        •           Masukan gambar ke dalam page gallery

        5.   Bagaimana Upload
        Dua cara untuk upload
        1.   Secara manual iaitu upload satu per satu menggunakan sistem laman web iaitu File Manager.
        2.   Secara automatik menggunakan FileZilla

        FileZilla ialah suatu software untuk membolehkan kerja-kerja upload banyak files secara automatik ke server.

        6.   Pelajari Cara Upload Files Menggunakan FileZilla
        1. Download FileZilla
        2. Mulakan Download
        3. Install FileZilla
        4. Login ke server menggunakan FileZilla
        5. Buat file "index.php" Buka folder "public_html"
        6. Upload file "index.php"
        7. Uji Laman Web
        8. Buat folder baru di server
        9. Upload gambar
        10. Buat "index.php" yang baru
        11. Upload "index.php" yang diubahsuai
        12. Uji Laman Web
        Rujuk:

        Latihan:
        1. Nyatakan Perbezaan Web Portal, Blog dan Forum ?
        http://kripkornstudios.com.my/perbezaan-web-portal-blog-dan-forum
        2. Apakah HTML?
        http://kripkornstudios.com.my/html/apa-itu-html
        3. Apakah yang anda fahami tentang jenis-jenis web -hosting?
        http://kripkornstudios.com.my/jenis-jenis-pengehosan-web-web-hosting
        4. Sekiranya anda ingin membeli web –hosting, apakah tips yang anda perlu ketahui?
        http://kripkornstudios.com.my/tips-membeli-web-hosting

        SELAMAT MENCUBA.....