Perkhidmatan Dan Koleksi Perpustakaan

Sumber Maklumat Di Perpustakaan

Perpustakaan perlu menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan maklumat organisasi selaras dengan bidang pengkhususan organisasi.Perkhidmatan yang disediakan perlu cepat dan tepat serta dapat menjangka keperluan pengguna.Teknologi maklumat dan komunikasi terkini perlu digunakan secara maksimum dalam meningkatkan dan mempelbagaikan perkhidmatan.

PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN PERUJUKAN

Perkhidmatan rujukan yang disediakan meliputi pertanyaan rujukan,penyelidikan,dan pencarian maklumat dari sumber perpustakaan organisasi atau dari pangkalan data dalam dan luar negara.pengguna juga boleh dirujuk kepada pakar atau perpustakaan lain jika pertanyaan rujukan tidak dapat dipenuhi dari sumber maklumat perpustakaan organisasi.

1. NASIHAT PEMBACA
Perkhidmatan ini meliputi menjawab pertanyaan rujukan yang diterima di Kaunter Khidmat Pelanggan secara bersemuka, menerusi telefon, faks, surat dan e-mel.

2.PEMPAKEJAN MAKLUMAT
Perkhidmatan ini menyediakan bahan maklumat yang telah dipakej menerusi sumber yang diperoleh daripada Pangkalan Data CD-ROM dan Internet. Topik pakejan adalah terpilih dan memuatkan isu-isu yang terkini.
Topik yang dipakejkan ialah berdasarkan permintaan ramai pengguna seperti projek sekolah dan hal ehwal semasa. Maklumat dari pelbagai sumber mengenai satu-satu topik telah dipakejkan untuk memudahkan pengguna membuat rujukan.

3. MEDIA ELEKTRONIK
Perkhidmatan Rujukan Koleksi Media Elektronik disediakan adalah dalam pelbagai bidang perkara seperti pendidikan, persekitaran, teknologi maklumat, sukan dan lain-lain dalam pelbagai format seperti kaset audio, kaset video, cakera audio, cakera video digital dan kit yang diterbitkan di dalam dan luar negara.
Perkhidmatan ASTRO yang menyediakan saluran yang langganan, iaitu CNN, National Geographic, Discovery, ESPN dan RIA.

4. MANUSKRIP MELAYU
Perkhidmatan ini disediakan bagi rujukan manuskrip Melayu dalam bentuk asal dan salinan mikrofilem. Walau bagaimanapun, manuskrip asal hanya boleh dirujuk dengan permohonan khas.

5. SURAT KHABAR
Surat Khabar yang kebelakangan akan diproses dengan cara membuat keratan akhbar dan dijadikan sebuah buku.bahan rujukan ini adalah disediakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk penyelidikan.Koleksi tersebut adalah untuk rujukan sahaja.
6. MALAYSIANA
Perpustakaan menawarkan perkhidmatan rujukan dan maklumat mengenai Malaysia kepada para penyelidik dan pustakawan daripada dalam dan luar negera. Perkhidmatan maklumat yang disediakan melalui pelbagai sumber maklumat dan beberapa pangkalan data atas talian menjadikan Rujukan Malaysiana satu daripada perkhidmatan terpenting mengenai Malaysia. Koleksi Monograf Malaysiana terdiri daripada bahan-bahan terbitan Malaysia dan keseluruhan atau sebahagian besar daripada berhubung dengan Malaysia dan penduduknya, tidak terhad tempoh penerbitan atau bahasa yang digunakan.
Koleksi ini bertujuan mengumpul semua maklumat mengenai Malaysia dan hasil karya penulis tempatan yang berbentuk monograf untuk rujukan orang ramai.
Objektif perkhidmatan maklumat ini ialah memastikan bahan atau maklumat yang diperlukan oleh pengguna dapat disediakan sebaik-baiknya dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
7. TERBITAN BERSIRI
Perkhidmatan Terbitan Bersiri merupakan satu perkhidmatan yang diwujudkan untuk sebagai pusat kecemerlangan rujukan terbitan bersiri khususnya Malaysiana bagi memenuhi keperluan maklumat kepada pengguna.
Sumber maklumat koleksi terbitan bersiri terdiri daripada bahan bercetak, bukan bercetak, elektronik dan dalam talian. Antara koleksi bahan terbitan adalah seperti majalah, surat khabar, laporan tahunan, buku tahunan, buku panduan, jurnal, indeks, abstrak dan sebagainya.

8. PENYELIDIKAN
Bahagian Pakar Maklumat memainkan peranan penting sebagai pusat rujukan dan perujuk kepada pengguna perpustakaan. Perkhidmatan pertanyaan rujukan berbentuk penyelidikan serta pertanyaan rujukan umum yang diterima melalui e-mel jabatan turut disediakan bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.


PERKHIDMATAN SIRKULASI
Perpustakaan perlu menyediakan perkhidmatan sirkulasi kepada pengguna dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Perkhidmatan ini lebih meluas melaui aplikasi atas talian melalui Web Opac.Antara perkhidmatan sirkulasi yang disediakan adalah seperti berikut:-

1. PINJAMAN
Hanya ahli berdaftar sahaja yang diberikan kemudahan pinjaman
bahan perpustakaan.Pengguna hendaklah menunjukkan kad keahlian yang berbarkod ketika membuat pinjaman.Pinjaman boleh dilakukan di kaunter sirkulasi.Pengguna boleh membuat pinjaman secara layan diri menggunakan mesin pinjaman layan diri.
2. PEMULANGAN
Bahan yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang telah ditetapkan.Denda akan dikenakan kepada pengguna yang lewat memulangkan bahan. Pengguna boleh membuat pemulangan secara layan diri menggunakan mesin pinjaman layan diri.
3. TEMPAHAN BAHAN
Boleh dibuat di kaunter Perkhidmatan Sirkulasi dengan mengisi borang yang disediakan.Dihadkan kepada bahan yang berada di dalam pinjaman sahaja.Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi atas talian.

4. PEMBAHARUAN
Boleh dibuat di kaunter Perkhidmatan Sirkulasi atau secara atas talian dengan syarat bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain.

5.PETI PEMULANGAN BUKU (BOOK RETURN)
Peti pemulangan bahan disediakan bagi memudahkan pengguna memulangkan bahan yang dipinjam.Ianya diletakkan di luar lobi Perpustakaan.

PERKHIDMATAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN STATUS KEAHLIAN DALAM TALIAN

Setiap pengguna mesti menjadi ahli perpustakaan.Pengguna boleh mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan di kaunter perkhidmatan sirkulasi di perpustakaan atau secara atas talian menggunakan e-mel.Keahlian boleh disemak melalui e-mel web opac.

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
Perpustakaan menggunakan Integrated Library Management Utility(ILMU) sebagai sistem pengautomasian .Sistem ini memudahkan pengguna mengakses maklumat bahan yang terdapat di perpustakaan dengan mudah,cepat dan tepat.Pencarian boleh dibuat melalui terminal-terminal yang disediakan.Pembangunan pangkalan data khas melalui Integrated Library Catalouging akan menghubungkan kepada satu pangkalan data induk yang mengumpul dan menghubungkan semua pengkatalogan perpustakaan di Malaysia.

1. WEB OPAC
Kemudahan yang disediakan untuk pencarian maklumat dengan cepat dan tepat. Melalui web opac,pencarian boleh melalui judul,pengarang,tajuk perkara dan sebagainya.

2. INTERNET
Merupakan perkhidmatan untuk pencarian maklumat secara atas talian untuk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk tujuan penyelidikan. Perkhidmatan ini adalah untuk pengguna yang berdaftar dan juga para penyelidik.

3. PANGKALAN DATA ELEKTRONIK
Merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk pencarian maklumat secara atas talian kepada beberapa pangkalan data elektronik sama ada dalam negara atau luar negara bagi memenuhi keperluan rujukan dan penyelidikan.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat dalam bentuk petikan(citation),abstrak dan teks penuh.Pengguna yang menggunakan komputer dalam jaringan kampus dan ingin memuat turun artikel teks penuh perlu ada perisian Adobe Acrobat Reader.
Antara pangkalan data yang perlu dilanggan oleh perpustakaan ialah:-
•Pro –Quest
1)Dissertation Abstracts-http://wwwlib.umi.com/dissertations/gateway
2)ProQuest Education +Eric Plus Text-http://www.proquest.com
•Emerald Insight-http://www.emeraldinsight.com
•EbscoHost-http://search.epnet.com/login.asp
1)Academic Search Premier(ASP)
2)Business Source Premier(BSP)
3)PsycARTICLES
4)PsycINFO
•Pangkalan Data Tesis Malaysia-http://ptsldigital.ukm.my
•Netlibrary E-books-http://www.netlibrary.com
•ERIC
•Bernama Library and Infolink(BLIS)
•Article on Malaysia(AOM)

4. Kiosk
Merupakan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan untuk mengakses maklumat bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran serta untuk penyelidikan.Ianya ditempatkan di laluan utama di perpustakaan.

PERKHIDMATAN MULTIMEDIA
Menyediakan kemudahan mengguna dan mengakses maklumat multimedia melalui video,video digital,cakera padat dan kaset.

1.PENGGUNAAN KOMPUTER DAN ICT
Merupakan perkhidmatan perpustakaan untuk kegunaan pelajar mengakses maklumat dan membantu pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.Pelajar boleh menggunakan kemudahan komputer mengikut peraturan perpustakaan.
2. SUMBER MEDIA
•Audio dan Video on Demand
Koleksi media elektronik yang terpilih untuk diakses melalui komputer multimedia yang disediakan.
•Interactive Learning
Koleksi terpilih bahan CD-ROM dalam pelbagai bidang perkara yang disediakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN

1. PINJAMAN BERKELOMPOK
Perkhidmatan ini disediakan untuk memudahkan perpustakaan yang tidak mempunyai koleksi bahan yang mencukupi.
2. PINJAMAN PERPUSTAKAAN ANTARA KAMPUS
Melalui sistem ini, pengguna boleh meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan di antara kampus yang menyertai sistem ini untuk digunakan di perpustakaan/institusi masing-masing. Menyediakan penerbitan dalam bentuk asal atau salinan yang dipinjam daripada perpustakaan dalam negara dan antarabangsa untuk pengguna dalam negara.

PERKHIDMATAN MAKLUMAT SEMASA
Perpustakaan perlu menyediakan perkhidmatan maklumat semasa melalui pelbagai jenis media untuk memaklumkan kepada pengguna perpustakaan mengenai maklumat atau perkhidmatan terkini yang disediakan oleh perpustakaan melalui pelbagai sumber seperti berikut:-

1. PERTANYAAN RUJUKAN
Perkhidmatan yang disediakan untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat yang betul dengan cepat dan tepat.Ianya juga boleh dikenali sebagai .

2. PAMERAN KOLEKSI TERKINI
Pameran buku baru akan dibuat pada masa yang telah ditetapkan bagi memberikan maklumat tentang bahan yang terkini kepada pengguna dan juga kepada pensyarah.

3. LAMAN WEB PERPUSTAKAAN
Merupakan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan untuk pengguna mendapatkan maklumat terkini jabatan dan unit untuk tujuan keperluan pengajaran dan pembelajaran dan juga penyelidikan.

SELECTIVE DISSEMINATION OF INFORMATION(SDI)DAN CURRENT AWARENESS SERVICES(CAS).

Merupakan sebahagian daripada perkhidmatan untuk memberi maklumat untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran serta untuk penyelidikan.Ianya adalah penyampaian maklumat tentang isu-isu semasa dan juga maklumat berkaitan subjek dan perkara berkenaan dengan penyelidikan/program yang dilaksanakan di organisasi.
1.PENDIDIKAN PENGGUNA
Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan di organisasi untuk memaklumkan pengguna tentang aktiviti dan perkhidmatan perpustakaan,memahirkan mereka dalam penggunaan kemudahan dan pencarian maklumat di samping menyokong pembangunan modal insan anggota di organisasi masing-masing.
Untuk menyertai program ini, individu perlu mendaftar sebagai ahli Perpustakaan.
Antara topik yang disentuh di dalam bengkel itu meliputi koleksi perpustakaan dan lokasinya, cara mencapai maklumat koleksi melalui OPAC, portal pendidikan pengguna, pangkalan data dan melayari Internet.

SMS/EMAIL ALERT (NILAI TAMBAH)
Perkhidmatan ini disediakan kepada pengguna untuk pertanyaan dan sebaran maklumat perpustakaan.

KESETIAUSAHAAN/PENTADBIRAN
Perpustakaan perlu menyediakan kemudahan perkhidmatan sokongan untuk melancarkan perkhidmatan kepada pengguna.Antaranya ialah seperti berikut:-
•FOTOKOPI
•CETAK DAN MUAT TURUN
•IMBASAN
•JILIDAN RINGAN

PETI SIMPANAN BARANG
Merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk menjamin keselamatan barang-barang khususnya kepada pengguna perpustakaan.

PRASARANA/KEMUDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.BILIK KAREL
Perkhidmatan ini menyediakan bilik khas yang boleh digunakan oleh pengguna komputer riba. Pembaca yang ingin membuat perbincangan atau membuat rujukan secara bersendirian boleh memohon.

2.BILIK PERBINCANGAN
Perkhidmatan ini disediakan dengan kapasiti sehingga 20 orang dalam satu masa bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.Pengguna perlu memohon dengan mengisi borang yang disediakan di kaunter khidmat pelanggan.

LITERASI MAKLUMAT
Keupayaan untuk mengakses,menilai dan mengguna maklumat dari pelbagai sumber.Keupayaan mendapatkan maklumat yang relevan, sesuai dan berguna dengan berkesan dan cekap.Ianya juga adalah keupayaan mengolah data kepada maklumat dan ilmu yang berguna untuk kepentingan sejagat dan dapat menyelesai masalah dan membuat keputusan.

KONSULTASI
Perkhidmatan perundingan bagi tujuan memberikan maklumat yang betul dan tepat kepada pengguna untuk pangajaran dan pembelajaran dan juga penyelidikan

PEMULIHARAAN
Menyelenggara bahan perpustakaan seperti penjilidan,membaik pulih,semakan stok,pilih buang dan pelupusan perlu dilakukan secara berkala.
Antara fungsinya adalah seperti berikut:-
•Mengurus pemuliharaan koleksi perpustakaan menerusi pengawetan, penjilidan dan pembaikan untuk memastikan koleksi penting di perpustakaan dipelihara secara terancang untuk kegunaan dan rujukan semasa dan akan datang.
•Menguruskan proses penukaran format koleksi perpustakaan dari bentuk asal ke bentuk lain.
•Memantau pemuliharaan dan penyelenggaraan koleksi Perpustakaan Kampus
•Meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan mengenai penyenggaraan dan pemuliharaan bahan perpustakaan.


KERJASAMA ANTARA PERPUSTAKAAN
•PERPUSTAKAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU
•PERPUSTAKAAN SEKOLAH
•PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA(PNM)
•PERPUN
•IFLA
•UNIVERSITI AKADEMIK


KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Pembangunan koleksi merupakan satu proses pengesanan,perolehan,pengumpulan,pendokumentasian,dan pengukuhan bahan-bahan perpustakaan. Pengurus perpustakaan perlu menyediakan dasar pembangunan koleksi mengikut keperluan organisasi dan bersesuaian dengan perkembangan semasa.

PERANAN PERPUSTAKAAN

Perpustakaan perlu mengumpul dan mengurus sumber-sumber ilmu yang dihasilkan dan diterima oleh organisasi untuk menggalakkan penyelidikan,perkongsian idea,ilmu dan pengalaman.Perpustakaan juga berperanan sebagai pusat penyerahan terbitan organisasi.

KAEDAH

1.PENGESANAN DAN PEMILIHAN
Pengesanan dan pemilihan bahan perpustakaan perlu dijalankan secara terancang dan berterusan dengan mengambil kira bidang perkara organisasi.
Pengesanan bahan perpustakaan perlu dijalankan secara intensif dengan memberi penekanan kepada kualiti melalui pelbagai sumber seperti:-
•Katalog Penerbit(termasuk elektronik dan bukan elektronik)
•Indeks Perkara
•Bibliografi Negara
•Katalog Induk Kebangsaan(KIK)
•Internet
•Pameran buku
•Cadangan pengguna
•Cadangan pembekal
•Iklan surat khabar/majalah
•Pelancaran buku dll

2.PEROLEHAN
Dasar perolehan bahan perpustakaan perlu menjurus ke arah menjadikan perpustakaan sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang perkara organisasi.Koleksi harus 90% daripada bidang perkara utama organisasi. Bahan perpustakaan diperoleh melalui:-
oPenyerahan terbitan organisasi
oPembelian
oHadiah dan pertukaran
Perpustakaan perlu merancang dan mengadakan program pertukaran bahan dengan organisasi yang berkaitan dalam dan luar negara tertakluk kepada peraturan perolehan.

3. PEMANTAPAN KOLEKSI
Aktiviti pilih buang dan semakan stok perlu dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar pilih buang organisasi bagi menjamin kualiti koleksi.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN
FORMAT KOLEKSI
Perpustakaan perlu menyediakan koleksi dalam pelbagai format seperti berikut:-
oBahan bercetak seperti monograf,terbitan bersiri,surat khabar,risalah,brosur,carta,poster,gambar foto,peta,tesis dll
oBahan bukan cetak seperti cd,cd-rom.vcd,kaset,slaid piring hitam,kit dll
oSumber elektronik seperti bahan multimedia,rakaman video dan audio,multimedia digital,cakera padat dan pangkalan data atas talian,laman web dll

2.JENIS KOLEKSI
Jenis koleksi yang disediakan perlu bersesuaian dan mengikut keperluan organisasi.Antara koleksi yang boleh disediakan adalah seperti berikut:-
oKoleksi am/umum
Merangkumi bahan/buku dari pelbagai bidang perkara yang boleh diakses melalui rak terbuka bagi tujuan pinjaman.Ianya boleh dipinjam mengikut keahlian masing-masing dan disusun mengikut nombor panggilan yang ditetapkan.
oKoleksi utama mengikut bidang perkara organisasi
Merangkumi buku-buku dan sumber media mengikut bidang perkara yang boleh dipinjam dan juga sebagai rujukan.
oKoleksi rujukan asas
Koleksi rujukan menempatkan bahan-bahan rujukan dari pelbagai bidang. Koleksi rujukan mempunyai awalan ‘ruj’ dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja

JENIS-JENIS BAHAN RUJUKAN
Abstrak
ringkasan kepada isi kandungan sesebuah karya.
Almanak
sebuah buku yang mengandungi maklumat seperti tarikh, kejadian astronomi, perayaan, cuti umum, statistik dan lain-lain. Almanak terdapat dalam bentuk almanak umum atau berkaitan dengan subjek tertentu.
Atlas
gabungan dari beberapa peta yang dikumpulkan dalam sebuah buku yang lazimnya berkaitan dengan sesuatu subjek. Mempunyai indeks di bahagian belakang untuk memudahkan pencarian sesuatu kawasan/tempat.
Bibliografi
senarai rujukan/terbitan dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, tesis dan sebagainya.
Biografi
buku yang menceritakan sejarah hidup seseorang yang ditulis oleh orang lain
Buku Panduan/ Handbook
buku rujukan yang mengandungi maklumat dalam sesuatu subjek, disusun secara sistematik untuk rujukan cepat.
Buku Tahunan / Yearbook
buku yang diterbitkan secara tahunan mengandungi maklumat semasa, sejarah, gambar, statistik dan lain-lain yang berkaitan dalam tahun yang berkenaan bagi sesebuah negara, institusi atau subjek.
Direktori
senarai nama orang, syarikat, institusi, persatuan atau lain-lain yang disusun mengikut abjad. Mengandungi alamat, nombor telefon, nombor faks dan lain-lain maklumat berkaitan yang disusun dalam format yang ringkas. Lazimnya diterbitkan secara berkala.
Ensiklopedia
buku atau beberapa jilid buku yang memberi maklumat dalam pelbagai bidang perkara atau perkara tertentu sahaja yang disusun secara berabjad.
Glosari
senarai atau daftar perkataan atau istilah dalam bidang tertentu yang diberikan penjelasan, penerangan atau huraian tentang maknanya. Sebuah glosari biasanya hanya mengandungi perkataan atau istilah dalam sesuatu bidang yang khusus yang disusun mengikut abjad.
Indeks
senarai berabjad nama orang, tempat, perkara yang terkandung di dalam sesebuah karya/bahan yang diterbitkan. Senarai ini memberi rujukan/penunjuk seperti nombor muka surat bagi setiap item di mana ia boleh dijumpai.
Kamus
Buku yang memberi keterangan erti perkataan. Umumnya kamus terbahagi kepada dua iaitu kamus satu bahasa dan kamus dwi bahasa. Terdapat juga kamus khas dalam subjek tertentu. Perkataan dalam kamus disusun mengikut abjad.
Tesaurus
Memberi perkataan seerti dan berlawanan untuk perkataan yang disenaraikan di dalamnya.
Koleksi khas/khusus terbitan organisasi dalam pelbagai format sama ada yang diterbitkan atau tidak diterbitkan
Terdiri daripada koleksi terbitan yang dihasilkan tidak kira bentuk, bahasa, skrip atau tarikh. dihasilkan. Koleksi Khas dijadikan sebagai sumber rujukan mengenai semua bidang perkara untuk pengguna perpustakaan.Antara koleksi khas adalah seperti berikut:-

MALAYSIANA
1.Koleksi Peribadi
Koleksi Peribadi adalah koleksi diperolehi daripada tokoh-tokoh terkenal dan mempunyai nilai sejarah seseorang serta maklumat berkaitan tokoh tersebut. Koleksi Peribadi terdiri daripada hasil karya individu atau koleksi peribadi tokoh yang merangkumi pelbagai bidang perkara seperti kesusasteraan, sejarah, penulisan, seni bina, agama, kebudayaan dan lain-lain.
2.Koleksi Fana
Koleksi ini terdiri daripada terbitan oleh pelbagai jabatan dan kementerian termasuk poskad, brosur, buku program majlis, poster, kalendar, setem dan sebagainya.
3.Bahan Sulit
Merupakan bahan terbitan agensi kerajaan, pihak swasta dan lain-lain yang tidak boleh diedarkan kepada orang ramai. Pengguna yang mendapat kebenaran bertulis dari agensi penerbitan sahaja yang dibenarkan merujuk bahan tersebut.

•Koleksi bacaan ringan
Koleksi bacaan ringan terdiri daripada buku-buku bacaan ringan dan popular. Koleksi ini boleh di baca di ruang Sudut Bacaan Ringan ini sahaja.

•Koleksi Tanda Merah
Koleksi tanda merah terdiri daripada buku-buku bacaan utama bagi kursus yang diajar di organisaso atau sebagai bacaan wajib yang dicadangkan oleh pensyarah. Pelanggan yang ingin menggunakan koleksi tanda merah perlu berurusan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.

•Koleksi Terbitan Bersiri
Menempatkan jurnal,majalah,phamplet,brosur dan lain-lain bahan bersiri termasuk surat khabar tempatan.Koleksi ini terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:-
oKoleksi jurnal
1.Jurnal terkini
Merupakan jurnal keluaran terbaru dan semasa yang belum dijilid.Koleksi ini ditempatkan di kaunter perkhidmatan dan disusun mengikut abjad.Pengguna perlu berurusan di kaunter untuk merujuk bahan ini.
2.Jurnal Kebelakangan
Merupakan jurnal yang berjilid.Ianya disusun mengikut nombor panggilan dan pengguna boleh terus merujuk di rak terbuka
3. Majalah popular
Merupakan majalah berbentuk rekreasi yang sering dirujuk oleh pengguna.Koleksi ini ditempatkan di bahagian bacaan ringan.

oKoleksi surat khabar tempatan
Merupakan surat khabar semasa dan kebelakangan.Surat khabar semasa boleh terus merujuk di bahagian bacaan ringan.Sekiranya pengguna inginkan surat khabar yang kebelakangan boleh merujuk ke bahagian rujukan.

Koleksi Perdana
Merupakan bahagian rujukan kepada sejarah pemerintahan,idea dan pemikiran Perdana Menteri Malaysia dahulu dan kini.Koleksi ini juga merupakan bahan penyelidikan kepada tenaga pengajar dan para pelajar Institut Pendidikan Guru,pelajar Universiti khasnya dan juga masyarakat setempat amnya.

Koleksi Penyelidikan/Tesis
Merupakan hasil penyelidikan kakitangan akademik dan bukan akademik serta tesis/latihan ilmiah pelajar.Koleksi ini adalah hanya untuk tujuan rujukan sahaja.

Koleksi Multimedia dan sumber media
Merupakan koleksi yang merangkumi bahan multimedia seperti CD dan disket,pita video,pita audio,peta,kit disket,slaid,cakera laser,mikrofis,piring hitam dll.Bagi memudahkan penggunaan bahan multimedia,pelbagai peralatan multimedia seperti komputer,mikrofis disediakan.

Koleksi Arkib Kampus
Merupakan koleksi khas yang merangkumi bahan terbitan Institut Pendidikan Guru,karya kakitangan dan pelajar serta sejarah penubuhan institusi sehingga kini dan sebagainya.Koleksi ini adalah hanya untuk rujukan sahaja.

Koleksi kanak-kanak
Merupakan koleksi yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah.Koleksi ini tertumpu kepada koleksi fiksyen dan permainan.

Koleksi Digital
Merupakan koleksi digital seperti koleksi jurnal dalam bentuk cd-rom.Koleksi ini adalah sebagai backup kepada pangkalan data yang dilanggan contohnya Mylib dan Pangkalan data OUM.
Antara koleksi digital lain yang perlu ada di perpustakaan adalah seperti berikut:-
1)JISC Digital Islam
2)Indexes to theses
3)Journal citation-web of knowledge
4)Digital library Conference Proceeding & Standards.

PENDOKUMENTASIAN

Aktiviti pendokumentasian yang perlu dijalankan ialah pengkatalogan,pengkelasan,pengindeksan,dan aktiviti lain yang berkaitan mengikut perkembangan semasa berpandukan standard kebangsaan dan antarabangsa edisi terkini seperti berikut:-

oPengkatalogan-Anglo-American Cataloging Rules(AACR) dengan penyesuaian peraturan tempatan,International Standard Bibliographic Description(ISBDs)
oPengkelasan-Dewey Decimal Classification(DDC)
oTajuk Perkara-Library Of Congress Subject Headings(LCSH)
oPengindeksan-The Sources of ERIC Descriptors,MOYS Classification,thesaurus lain yang berkaitan dan sesuai dengan perkara organisasi

PANGKALAN DATA
Mewujudkan pangkalan data koleksi perpustakaan untuk diakses oleh pengguna melalui sistem katalog dalam talian.Ini termasuklah pangkalan data khusus mengenai maklumat tempatan dalam bidang perkara organisasi.

PENDIGITAN
Perpustakaan perlu merancang program pendigitan bahan terbitan organisasi bagi memudahkan akses dan mempercepatkan penyebaran maklumat secara global.

PELUPUSAN
Perpustakaan perlu menyediakan program/dasar pelupusan yang tertakluk kepada Akta Arkib Negara(Hapuskira),Dasar pelupusan sumber perpustakaan jabatan dan peraturan pengurusan aset dan stor.

RUANG REPOSITORI
Menyediakan ruang repisotori dan persekitaran yang sesuai perlu disediakan untuk menyimpan terbitan organisasi bagi menjamin ketersediaan bahan tersebut.

PENYELENGGARAAN BAHAN PERPUSTAKAAN
Menyelenggara bahan perpustakaan seperti penjilidan,membaik pulih,semakan stok,pilih buang dan pelupusan perlu dilakukan secara berkala.

RUJUKAN
Kertas cadangan Pemantapan Perkhidmatan dan pembangunan Koleksi Perpustakaan
IPG April 2011.