Literasi dan Kemahiran Maklumat





                                      
Ilmu


Ilmu adalah alat utama untuk hidup. Dengan ilmu kita dapat mencari rahsia alam demi kesempurnaan dan kemajuan hidup kita.Oleh itu setiap orang diwajibkan menuntut ilmu dan mencari pengetahuan. Sesungguhnya Islam amat memuliakan ilmu dan ilmu yang dituntut mesti memberi manafaat kepada diri dan masyarakat.Setiap umat Islam dituntut agar berusaha mencari kepentingan dan kebahagiaan masyarakat dan diri sendiri dengan ilmu.


Sayidina Ali pernah berkata bahawa segala keranjang dapat dipenuhi keculi keranjang ilmu, kian diisi,kian minta ditambah. Menurut Hukama pula, Setiap barang kalau dibelanjakan bertambah kurang, air laut ditimba akan kering. Tetapi lautan ilmu,kian ditimba kian banyak airnya.Sesungguhnya ilmu dapat membersihkan hati dan menguatkan keyakinan. Ilmu menerangi akal untuk kita melaksanakan sesuatu pekerja;kemajuan akan bertambah dan hasilnya akan diperolehi. Walaupun jalan yang kita tempuhi itu sulit, namun kerana ada ilmu, hati kita akan tabah, kekuatan semangat akan bertambah seterusnya kejayaan akan dicapai.Kebangkitan sesuatu umat dan kemajuan sesuatu bangsa adalah kerana ramai masyarakat bangsa itu berilmu.Namun demikian ilmu harus lebih dahulu daripada amal dan ilmu perlu diamalkan.Ilmu akan meninggikan darjat orang alim sehingga mereka menjadi bintang dalam masyarakat. Kematian orang yang berilmu akan diratapi oleh seluruh masyarakat untuk beberapa ketika. Ilmu yang tidak diikuti dengan amal tidak ada gunanya untuk kehidupan.


Pada masa dahulu, ibubapa berusaha dengan gigih menggumpul harta seberapa banyak yang boleh untuk kesenangan hidup dan diwarisi oleh anak-anak. tetapi pengalaman dan sejarah membuktikan bahawa meninggalkan harta tanpa ilmu kepada anak-anak, kerap menimbulkan masalah yang merosakkan anak-anak dan keluarga. Tetapi ibu bapa kini semakin berlumba-lumba untuk memberi pelajaran kepada anak-anak sehingga sanggup menggadaikan harta demi kesempurnaan ilmu anak-anak untuk masa hadapan. Ibu bapa yang mengabaikan pelajaran anak-anaknya bererti menyediakan dunia kekecewaan untuk anak-anaknya pada masa hadapan.Dalam berbendaharaan sastera terdapat syair yang memartabatkan ILMU iaitu;
Martabat ilmu amat tingginya,
Emas dan intan bukan bandingnya
Barang siapa mendapat ianya,
Nikmat sejahtera jua kiranya

Berkata ilmu akulah sultan
kuasa perintahku laut daratan
Jahil berseru akulah syaitan
Ikutlah aku merata hutan

__________________________________________________________________

Literasi Maklumat


Teknologi maklumat (IT) telah mengubah cara kita bekerja (aspek ekonomi), berkomunikasi (aspek sosial), dan berfikir (aspek psikologi). Walaupun Malaysia masih belum mencapai status masyarakat maklumat, kita sudah merasai bahang dan gelora Zaman Maklumat. Kita tidak dapat menguasai teknologi dengan hanya menekan butang komputer. Kita perlu mempunyai kemahiran mengakses maklumat. Hanya dengan adanya literasi komputer dan literasi maklumat yang tinggi, barulah kita dapat bekerja, dalam persekitaran maya, yang dirangkaikan menjadi pangkalan data sejagat. Literasi maklumat atau celik maklumat adalah kemahiran melakukan perkara-perkara seperti mengenal pasti dan mencari sumber maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai. Selepas itu, kita perlulah menilai kualiti dan menyusun maklumat dengan betul serta dapat menggunakan maklumat itu dengan efektif. Kecekapan utama ataupun teras dalam celik maklumat berdasarkan
a. Pemahaman luas berkenaan sifat maklumat
Seseorang perlu memahami sifat maklumat dalam pelbagai subjek atau disiplin ilmu.Kesedaran berkaitan kewujudan pelbagai jenis sumber rujukan dan kegunaannya perlu diketahui.
b. Kebolehan mencapai maklumat
Mengenal pasti sumber-sumber maklumat yang akan digunakan bagi sesuatu tujuan. Selain itu, keupayaan bagi memastikan berapa banyak maklumat yang diperlukan juga penting. Dalam mencapai makluamat eletronik, mengetahui kaedah carian yang berkesan adalah penting. Carian maklumat dalam pangkalan data ataupun internet memerlukan kemahiran khusus.

Kebolehan Menilai Kebenaran Maklumat
Maklumat yang diperoleh perlu dipastikan kesahihannya. Ia dapat dilakukan dengan beberapa cara seperti meneliti pengarang, penerbit, tahun penerbitan dan isi kandungan sumber maklumat.

Kebolehan menganalisis dan merumus maklumat.
Seseorang perlu tahu memilih maklumat yang relevan dan sesuai sahaja bagi memenuhi sesuatu keperluan.
Sejak tahun 1960-an, pelbagai istilah telah digunakan untuk mengungkap sesuatu yang bermaklumat. Antaranya ialah Automasi Perpustakaan, Pengajaran Perpustakaan, Pengajaran Bibliografik dan Pendidikan Pembaca. Tapi pada tahun 1990-an, ia mula dikenali dengan nama Kemahiran Maklumat, Pengajaran Kemahiran Maklumat dan Literasi Maklumat. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama penyebaran, pengaksesan, dan juga kapasiti masing-masing dalam menggunakan maklumat yang sedia ada.

Konsep – konsep literasi maklumat

Konsep literasi maklumat mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980 oleh American Library Association (ALA). ALA membentuk Forum Kebangsaan Mengenai Literasi Maklumat (National Forum on Information Literacy) yang dianggotai 65 organisasi bagi menggembangkan konsep literasi maklumat atau celik maklumat. Pada tahun 1989, ALA mengeluarkan definisi literasi maklumat yang diterima dan diguna pakai oleh umum sehingga sekarang.
Jika dilihat secara terperinci, literasi bermaksud keupayaan untuk membaca dan mendapatkan makna daripada perkataan. Selain itu, literasi juga didefinisikan sebagai mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu. Manakala, maklumat pula ialah hasil daripada pemprosesan , pengumpulan dan penganalisaan data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkasnya, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan. Tambahan lagi, maklumat ialah sesuatu penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber terutamanya dalam bentuk data, pengetahuan atau kebijaksanaan. Maklumat juga merupakan proses menambah pengetahuan secara langsung atau tidak langsung melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain seperti pengetahuan yang disimpan dalam bentuk bahan cetak, bahan tayang dan bahan tiga dimensi.
Jadi, literasi maklumat boleh digambarkan sebagai keupayaan mendapat makna daripada maklumat. Menurut Rader (1991), literasi maklumat ialah satu keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat dengan berkesan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan mengambil keputusan. Doyle,C (1994) pula merujuk kepada keupayaan untuk mengakses, menilai dan mengguna maklumat daripada pelbagai sumber.

Ciri – Ciri Orang Berliterasi Maklumat
Orang yang berliterasi maklumat merupakan orang yang celik maklumat di mana mereka dapat menguasai semua kemahiran yang diperlukan. Mereka sering dijadikan bahan rujukan oleh semua orang kerana mereka boleh didibaratkan sebagai ”kamus bergerak”. Terdapat 7 ciri – ciri yang dapat dinyatakan. Antaranya ialah mereka mengakses maklumat secara berkesan dan efisien, mereka dapat menilai maklumat secara kritis dan cekap , mereka dapat menggunakan maklumat secara betul dan bersesuaian dengan apa yang dikehendaki, mereka sering berusaha mendapatkan maklumat berhubung pelbagai aspek kehidupan yang berkait rapat dengan mereka, mereka juga menghargai bahan – bahan sastera yang kreatif, mereka berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu, mengamalkan tingkah laku dan etika yang baik berhubung maklumat dan IT, dan mereka suka mengambil bahagian dalam kumpulan untuk menjadi pencari maklumat yang baik. Selain itu, orang yang berliterasi maklumat mampu untuk bersaing dengan ledakan maklumat pada zaman serba teknologi menuju wawasan 2020 kelak.

Kepentingan Literasi Maklumat Dalam Kehidupan
Literasi maklumat amat penting dalam kehidupan terutamanya buat seseorang pelajar. Literasi maklumat juga memberikan banyak impak dalam kehidupan seharian kita semua tidak mengira jantina mahupun kaum.
Dari aspek dasar pembangunan negara, celik maklumat dapat membangunkan ekonomi berasaskan k – ekonomi dan k – masyarakat. K – ekonomi ialah satu cabang ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Ekonomi ini adalah satu sistem ekonomi dimana penjanaan dan eksploitasi ilmu dan pengetahuan memainkan peranan yang dominan didalam usaha untuk membina kekayaan. Bagi negara ekonominya maju, lebih daripada 70% tenaga manusia adalah pekerja berilmu . Manakala, k – masyarakat pula ialah masyarakat yang berasaskan pengetahuan. Jadi, disini jelaslah sudah bahawa literasi maklumat amat penting dalam membangun ekonomi dan melahirkan individu yang berdaya saing selaras dengan arus pemodenan dan globalisasi yang terlalu bergantung kepada teknogi maklumat amnya.
Tambahan lagi, literasi maklumat amat bertepatan dengan Matlamat Pendidikan Negara yang ingin melahirkan generasi ulul-albab yang celik maklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Manakala, dari aspek sosial, maklumat yang sudah diproses akan menjadi ilmu yang akan menjadikan kita lebih pandai, proaktif, produktif,kreatif,dan inovatif , iaitu syarat yang dituntut oleh era baru. Dari segi pendapatan negara, menggunakan lebih banyak maklumat bukan sahaja boleh meningkatkan pengeluaran perkhidmatan dan barangan baru, malahan pengeluarannya dapat dilakukan dengan lebih murah, kualiti yang tinggi, dan dalam tempoh jangka masa yang lebih singkat. Contohnya, sistem penempahan tiket kapal terbang. Selain membolehkan prosesnya berjalan lancar, syarikat penerbangan juga dapat memantau dan mengawal perjalanan penumpang di seluruh dunia pada tiap – tiap hari. Daya saing syarikat meningkat, keuntungan bertambah dan kos operasi berkurang.
Dalam erti kata yang lain, semakin banyak maklumat yang digunakan, semakin kuranglah tenaga manusia dan bahan mentah konvensional lain yang diperlukan. Hal ini dapat diperhatikan di Jepun dan Singapura. Walaupun mereka tidak mempunyai sumber alam dan galian, negara mereka dapat mengeksport barangan dan perkhidmatan ke negara lain. Negara ini hanya memanfaatkan sumber yang ada dengan memberikan pendidikan yang baik kepada rakyatnya dengan maklumat dan ilmu terkini. Daripada maklumat dan ilmu itulah, banyak produk baru dapat dihasilkan dan dieksport.

Literasi maklumat amat penting dalam mengejar arus ledakan maklumat yang serba canggih sekarang. Semua manusia haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang IT untuk menjadi orang yang berliterasi maklumat.
Dari aspek pendidikan, ia membawa perubahan ke arah sistem pendidikan bestari. Pembestarian sistem pendidikan di sekolah perlu mengambil kira aspek pembinaan minda/kognitif pelajar maklumat. Program literasi maklumat membantu membina intelek pelajar dan ianya hendaklah dilaksanakan untuk menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama (RMK9). Literasi maklumat perlu dikuasai oleh semua pelajar. Kemahiran yang sama perlu digunakan di semua peringkat pembelajaran dengan skop yang berbeza. Kemahiran ini penting diajarkan dalam konteks kurikulum sebagai satu proses untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama. dalam perkembangan sosioekonominya.

BIBLIOGRAFI

apps.emoe.gov.my/pkgtbb/
Ambigapathy Pandian. Literasi Maklumat dikalangan guru pelatih bahasa.
Computer literacy, Universiti Sains Malaysia 2005ISBN9833391214
Irma Indayu Omar & Yushiana Mansor(2005). Siri Teknologi Maklumat,
Panduan Mencari Maklumat. PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd (678274-D) 2005.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


MENCARI MAKLUMAT(CARIAN)


Ke manakah anda boleh pergi ?
Apakah sumber yang terdapat?
Bagaimana ia mudah diperolehi?
Bagaimanakah kesesuaian setiap bahan?
Kemanakah harus pergi dahulu?


LOKASI DAN AKSES (MENGGUNA)
Bahan mana yang harus digunakan?
Bagaimanakah harus memilih bahan?
Bahan-bahan jenis apakah yang ada?
Bagaimanakah boleh anda ketahui bahan tersebut berguna?


MENGGUNA MAKLUMAT(MENCATAT)
Bagaimana merekod maklumat?
Apakah yang penting?
Bagaimana harus merekodnya?
Bagaimana harus menyusunnya?


SINTESIS MAKLUMAT
Bagaimana anda harus sampaikan maklumat?
Dalam bentuk apakah boleh anda persembahkan?
Siapakah audien anda?
Apakah langkah-langkah persembahan saya?
Definisi Sumber

Satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.

Sumber primer
Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier dan contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.

Sumber sekunder
Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari.

Sumber tertier
Dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.

KEMAHIRAN MENGESAN MAKLUMAT
 
Menggunakan bahan buku, rujukan umum dan khusus
Bahan rujukan menyediakan maklumat-maklumat asas yang tulen atau boleh dipercayai mengenai beberapa perkara. Ianya memberi penerangan ringkas dan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu idea . Ada juga mengandungi maklumat tentang sumber-sumber rujukan seperti buku, majalah, serial, dokumen, akhbar dan bahan pandang dengar.

Bahan rujukan umum iaitu Kamus, Ensiklopedia, Kamus Biografi, Almanak / Buku Tahunan, Direktori dan Gazetir

i. Kamus
Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama ataaau dalam bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang perkataan-perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan. Contoh-contoh Kamus ialah Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya.

Kamus Khas
Kamus khas memberi maklumat khas sahaja mengenai sesuatu perkara atau bidang. Antara kamus ini adalah seperti berikut;
- Kamus Sinonim/Antonim
- Kamus kategori ini hanya seperti makna yang sama dan makna berlawanan untuk setiap perkataan.
- Kamus Simpulan Bahasa
- Kamus Komputer.

ii. Ensiklopedia
Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi. Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikel penyelidikan, bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa. Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan lanjut. Contoh-contoh Ensiklopedia ialah Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology.

Ensiklopedia Khusus
Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi keterangan yang lebih khusus atau mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.

iii. Kamus Biografi
Merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adlah keterangan ringkas mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan, latarbelakang, kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan. Jenis-jenis kamus Biografi: Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion) Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion) Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal atau kebangsaan)

iv. Almanak / Buku Tahunan
Almanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali. Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-bidang tertentu:untuk menunjukkan aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana memberikan punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang mencatitkan nama tokoh-tokoh utama dlam sesuatu bidang dengan alamat dan sejarah hidup ringkas. Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan iaitu Reader’s Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook.

v. Direktori
Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik, mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi (affiliations) untuk individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain data mengenai organisasi. Contoh-contoh Direktori The Foundation Directory, American Universities and Collages, Direktori Telefon, Directory of Special Libraries and Information Centres, alamat e-mail pendidikan dan lain.

vi. Gazetir
Sejenis kamus mengenai tempat-tempat. Memberikan maklumat-maklumat tentang sejarah, statistik, kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai tempat-tempat. Ia juga memberikan sebutan nama-nama. Edisi baru memberikan maklumat semasa dan edisi lama memberikan maklumat sejarah mengenai tempat-tempat itu. Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat berasingan. Merupakan indeks tidak langsung untuk mengesan maklumat mengenai tempat-tempat. Contoh Gazetir Columbia-Lippincott Gazzetter of the World.

Jurnal
Sumber penulisan ahli akademik. Jurnal biasanya ramai editor yang menilai dan memperakui artikel tersebut.(editor- adalah orang yang pakar dalam bidang tersebut).Terbitan jurnal adalah berkala atau bersiri.

Bahan rujukan khusus iaitu Bibliografi, Indeks, Abstraks dan Katalog
i. Bibliografi
Merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan yang di susun mengikut nama pengarang,judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di bahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak.Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun terbitan. Bibliografi terdiri daripada beberapa jenis. Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang, perkara, negara atau jangka masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karya-karya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang. Bibliografi perkara pula terhad kepada suatu perkara sahaja. Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah. Dan Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan maklumat untuk membeli dan menjual buku.

ii. Indeks
Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukkan di manakah maklumat itu boleh didapati. Contoh Indeks buku menunjukkan muka surat yang mengandungi maklumat yang dicari, indek akhbar atau majalah.

Indeks untuk bahan berkala terdiri daripada:
Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau khusus)
Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan berkala tetapi juga buku, risalah, laporan dan lain-lain dokumen.
Indeks surat khabar
Indeks Serials
Indeks bahan dalam koleksi sajak, drama, fiksyen, lagu-lagu dan lain-lain.
Indeks online: CD ROM

iii. Buku Laporan Tahunan
Buku Laporan tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang negara dan industri. Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran, pengurusan, peristiwa, aktiviti-aktiviti yang sebagainya tentang sesebuah negara, pertubuhan dan industri yang dijalankan sepanjang tahun itu. Segala maklumat mutakhir dibuatkan secara jelas dan tepat untuk memudahkan pembaca memanfaatkannya. Buku ini biasanya diterbitkan oleh dewan perniagaan, jabatan kerajaan atau syarikat perniagaan. Maklumat yang terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan termasuklah: Information Malaysia Year Book dan Buku Rasmi tahunan Malaysia dan Buku Tahuanan Perangkaan Malaysia

iv. Buku Panduan / Direktori
Buku Panduan atau Direktori lebih terkenal sebagai buku alamat. Buku ini memuatkan maklumat tentang orang ramai, tempat, organisasai individu, keahliannya, data organisasi, alamat dan nombor telefonnya sekali. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau kelas.

v. Peta / Atlas
Peta ialah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk yang mudah dikaji melaui penggunaan grafik. Atlas pula ialah kumpulan peta yang telah dijilid dalam bentuk buku. Peta merupakan sumber maklumat terperinci yang mengguinakan simbol-simbol dan gambaran grafik untuk menerangkan sesuatu idea, kedudukan bandar, sungai, jenis tumbuh-tumbuhan, taburan penduduk dan sebaginya. Ada berbagai-bagai jenis peta yang boleh didapati dari perbagai sumber. Peta boleh didapti dalam ensklopedia, laporan, buku panduan dan sebaginya.

Abstrak
Sesuatu ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen asal. Ia merupakan senarai rekod bahan-bahan maklumat beserta ringkasan ataupun keterangan deskriptif isi kandungan sesuatu bahan.

Glosari
Merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahan.Halaman glosari diakhiran buku mengandungi penerangan maksud perkataan yang penulis anggapkan baru kepada pembaca atau perkataan yang mempnyai makna yang tertentu di dalam bku yang ditulis oleh pengarang.

Istilah
Perkataan yang mempunyai makna khas dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.
 
_________________________________________________________________________________
 
KEMAHIRAN BELAJAR
Di dalam kontek Literasi Maklumat, kemahiran belajar meliputi kemahiran membaca dan mencatat nota yang berkesan.

Kemahiran Membaca
Kemahiran ini adalah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu perkara . Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang di baca. Biasanya terdapat empat gaya pembacaan iaitu;

a. Luncuran(Skimming)
Merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan;
- Maklmat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen.
- Pandangan umum tentang bahan dengan segera.
Bagai mana membuat Skimming
- Membaca tajuk,pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
- Membaca dengan menggunakan pergerakan mata dengan cepat
- Memberi tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca.
b. Imbasan (Scanning)
Membaca untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam daripada skimming. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.
Cara membuat scanning
- Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
- Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.
- Memberi perhatian kepada rajah dan grafik yang ada.
c. Bacaan Intensif
Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat dengan terperinci.Ianya memerlukan tumpuan, ketekunan dan masa yang lebih panjang untuk mendapat makna. Tujuan bacaan intensif adalah untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

d. Bacaan Laju
Memerlukan kebolehan laju membaca dan kefahaman serentak semasa membaca. Tujuan bacaan laju adalah untuk;
- Menggunakan masa terhad dengan lebih produktif
- Menjimatkan masa
- Memperoleh maklumat tambahan pada kadar cepat

Kemahiran Mencatat Nota
Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan bacaan atau dilihat atau didengar.
Tujuan mencatat nota adalah untuk;
- mencatat isi utama penting sebagai rujukan
- daripada isi penting boleh di kembangkan kepada fakta asas
- catatan nota dikmpulkan untuk keperluan rujukan tambahan masa depan
Ciri nota yang baik;
- mengandungi rangka kasar sahaja
- terdiri daripada idea utama
- dicatat dalam buku atau kertas catatan khas
- catatan terang dan mudah dibaca
- menggunakan kata kunci,simbol(yang = yg,dengan = dgn)
- ada lakaran dan grafik menyokong teks
- catatan disebelah kanan dan kiri NOTA sebagai nota dan maklumat tambahan.
- tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting.
- Nota disemak semula supaya tidak tertinggal isi penting.
Cara mencatat nota
- beri perhatian pada maklumat yg di dengar, dibaca dan dilihat.
- Maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelum dibaca
- hanya faktar baru dicatatkan kerana ini merupakan pembelajaran baru
- Baca dan susn semula catatan
- Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk grafik seperti anak
panah,garisan,bulatan dan sebagainya.

Panduan Membina Peta Minda
- Kenal past konsep atau idea utama
- Gunakan pen atau pensel bewarna
- Gunakan kertas kosong
- Tulis tajuk utama ditengah-tengah kertas
- Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk-bentuk yang disukai
seperti bulatan,segitiga dan lain-lain.
- Bentuk cabang dari tajuk utama. Satu cabang untuk satu isi utama.
- Guna warna berlainan bagi setiap cabang utama.
- Tulis dengan huruf besar kata kunci atas setiap cabang
- Lakar cabang-cabang kecil dari cabang utama. Tuliskan maklmat tambahan.
- Gunakan lambang-lambang yang sesuai atau simbol-simbol untuk menjelaskan
lagi peta minda.
- Tulis isi utama lebih besar dari isi bahan
- Gunakan lambang-lambang yang sesuai dengan diri kita
- Untuk menunjukkan perkaitan gunakan anak panah, warna dan lain-lain
- Bina peta minda yang unik. Cuba rangsang kreativiti kita sebaik-baiknya.
- Bezakan isi-isi dengan menggunakan pelbagai bentuk lambang.
- Bina peta minda dengan mendatar diatas kertas kosong agar ruang mencukupi
- Bina peta minda dengan pantas. Gambaran yang bermakna akan dapat
dihasilkan sekiranya dibuat dengan spontan.

Carian Maklumat Melalui Kemahiran ICT
Pencarian maklumat melalui ICT, dua cara yang sering digunakan iaitu on-line dan off-line.

Enjin Pencarian (Search Engine)
Enjin pencarian merupakan program atau pengkalan data dan ia merupakan satu cara yang paling digemari dalam internet kerana anya paling cepat dan mudah tanpa perlu mengetahui alamat laman web yang dicari. antara enjin caran yang paling popular ialah
- Google (www.google.com)
- Yahoo (www.yahoo.com)
- Altavista (www.altavista.com)

OPAC (On line Public Access Catalogue)
Membenarkan pengguna untuk mencari semua jenis bahan (buku, majalah,video,CD, tesis dan lain-lain) yang terdapat dalam koleksi sesuatu perpstakaan melalui atas talian. Melalui OPAC juga kita dapat mengetahui secara terperinci berkenaan bahan tersebut samada lokasi, rujukan pinjaman, rizab dan lain-lain. Pencarian bahan biasa digunakanialah dengan menggunakan punca pencarian;
- Tajuk buku
- Nama Pengarang
- Tajuk perkara (Bidang)
Melalui cara ini, sistem OPAC akan membantu memudahkan pencarian dengan memberi butiran maklumat bahan dan lokasi bahan iaitu nombor panggilan bahan tersebut.
Antara butiran bahan yang diambil kira ialah;
- Nama pengarang
- Judul buku
- Edisi
- Tempat terbit, penerbit dan tahun terbit
- Tajuk perkara dan
- Kenyataan Fizikal buku.
_____________________________________________________________________________



KEMAHIRAN – KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT DAN MENENTUKAN KETEPATAN MAKLUMAT

Secara amnya,pencarian maklumat dapat didefinisikan sebagai aktiviti terancang bagi mencari maklumat bertujuan memenuhi sesuatu matlamat.Pencarian maklumat adalah proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah..Maklumat selalunya diperlukan bagi memenuhi kehendak ataupun menangani masalah.Secara semula jadi,pencarian maklumat adalah sebahagian besar daripada aktiviti penting bagi manusia sejak dahulu lagi.Sekiranya difikirkan daripada perspektif sejarah.walaupun tanpa teknologi canggih,manusia tetap berjaya menangani pelbagai masalah dan cabaran hidup sehingga mencapai tahap keselesaan dan ketamadunan yang dicapai pada hari ini.
      
Walaupun terdapat pelbagai cara untuk memperolehi maklumat tidak semestinya maklumat yang telah kita perolehi tersebut mempunyai kebenarannya.Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kebenaran maklumat.Ini termasuk sifat berat sebelah penulis atauptn penerbit,kebolehpercayaan bahan rujukan yang digunakan oleh penulis dan faktor masa.Sebagai penerima dan pengguna maklumat,kita perlu tahu menilai dan membezakan antara maklumat yang benar dan tidak.
Keperluan maklumat dalam banyak situasi hanya diketahui apabila kita diberitahu ataupaun didedahkan kepada suatu maklumat.Kita biasanya mencari maklumat apabila mempunyai tujuan tertentu seperti ingin menyelesaiakan masalah.Selain itu,apabila timbul situasi bermasalah iaitu keadaan dimana pengetahuan seseorang tidak mencukupi bagi mencapai sesuatu tujuan, maka maklumat memerlukan maklumat apabila tahap pengetahuannya mencukupi sesuatu masalah ataupun keadaan.

Kesimpulannya,maklumat diperlukan apabila seseorang itu berada dalam keadaan anomali;iaitu keadaan di mana seseorang rasa tidak tahu ataupun tidak pasti.Keadaan seperti ini menyebabkan seseorang mencari maklumat bagi memenuhi keperluan itu.

KEMAHIRAN – KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT

Enam kemahiran utama yang digunakan oleh pengguna maklumat yang dikenali juga sebagai Big Six Skills yang dicipta oleh dua orang warga Amerika Syariakt iaitu Micheal B.Eisenberg dan Robert Berkowitz pada tahun 1987. Enam kemahiran utama ini telah diikhtiraf sebagai kurikulum celik maklumat bagi sekolah – sekolah di Amerika Syarikat. Secara umumnya, ia adalah proses pembelajaran melalui penyelesaian masalah.Ia mengajar pelajar cara mencari dan menggunakan maklumat secara efektif bagi menyelesaiakn masalah dalam setiap subjek di sekolah.Ini mendedahkan pelajar pelbagai sumber, teknik mencari maklumat dan cara mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang berkesan dan menarik.Antara enam kemahiran yang akan dibincangkan ialah definisi maklumat,strategi mencari maklumat, lokasi dan capaian, penggunaan maklumat, pengumpulan maklumat dan penilaian.

Definisi maklumat

Maklumat adalah satu fenomena yang unik.Contohnya, perkara ‘X’ mungkin dianggap maklumat kepada seorang individu, tetapi tidak bagi individu lain.
Maklumat ialah data yang telah diproses atau data yang memberi makna dan difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus dalam peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan . Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.

Strategi memperolehi maklumat

Strategi memperolehi maklumat adalah kemahiran yang kedua daripada enam kemahiran utama yang berikut di mana mengenal pasti maklumat itu boleh didapati.Sumber maklumat boleh didapati dalam apa saja bentuk asalkan ia mampu memenuhi keperluan maklumat.Manusia sendiri adalah satu sumber maklumat yang penting.
Terdapat banyak maklumat tersendiri yang diketahui oleh individu yang direkodkan oleh individu yang tidak direkodkan.Membuat rujukan daripada orang yang pernah mengalami masalah yang sama dapat member banyak maklumat berguna.Sumber maklumat yang direkodkan pula mungkain terdapat dala pebagai format seperti teks dalam bentuk cetakan biku,majalah, manuskrip dan sebagainya.Terdapat juga sumber maklumat yang direkodkan dalam bentuk elektronik dan dipakejkan menggunakan teknologi CD-ROM ataupun internet.
Terdapat beberapa sumber maklumat yang dapat membantu pengguna maklumat untuk mencari maklumat tentang permasalahan yang timbul.Antaranya ialah seperti OPAC,ERIC,BOOLEAN dan INTERNET.Sumber – sumber tersebut merupakan contoh pangkalan data yang digunakan pada masa kini oleh pengguna maklumat.Sumber – sumber maklumat tersebut mempu memberi banyak maklumat yang luas dan tepat kepada para pengguna maklumat.

1. OPAC (On-line Public Access Catalog )
Sistem OPAC adalah salah satu sumber yang digunakan oleh para pengguna maklumat pada masa kini bagi carian maklumat .OPAC atau dikenali sebagai kad catalog atas talian merupakan gantian kepada kad katalog pada ketika dahulu.Pada kad katalog dalam talian ini terdapat banyak punca capaian yang disimpan iaitu nama,tajuk,subjek ataupun perkara,penrbit,tempat terbitan,siri dan nombor panggilan.Punca capaian digunakan bagi mencapai dan mencari maklumat yang dikehendaki.

2. BOOLEAN
Boolean juga merupakan satu carian maklumat yang digunakan untuk mencari maklumat oleh para pengguna maklumat.Boolean ini sebenarnya dicipta pada awal abad ke-19 oleh seorang ahli matematik Inggeris bernama George Boolean.Boolean ini diambil sempena nama beliau.Boolean ini terbahagi kepada tiga iaitu AND, OR dan NOT berdasarkan system logik binari.
Boolean AND digunakan bagi mencari frasa ataupun terma yang berkaitan.Penggunaan AND akan menyempitkan carian.Lebih banyak AND dimasukkan ,lebih sedikit dan terperinci hasil pencarian.Perkataan ataupun istilah yang digabung menggunakan operator Boolean AND diperoleh secara bersama dalam carian.Sekiranya salah satu perkataan ataupun istilah tidak ada dalam dokumen ataupun teks yang dicari,ia tidak akan diperoleh dalam hasil pencarian.Dengan itu,operator AND sesuai digunakan bagi mencari maklumat yang spesifik.Penggunaan AND mengelakkan daripada mendapat hasil pencarian yyang terlalu banyak dan tidak relevan.
Boolean OR digunakan bagi mencari maklumat lebih banyak dan luas.Konsepnya bertentangan dengan AND.Dengan menggunakan Boolean OR,semua perkataan ataupun istilah yang digunakn akan diperolehi dalam hasil carian.Dengan menambahkan frasa atau perkataan lain, lebih banyak maklumat akan diperolehi.Semua dokumen yang mengandungi perkataan dalam carian akan diperolehi termasuklah perkataan yang membawa maksud yang sama tetapi ejaan yang berbeza.Boolean NOT pula,digunakan supaya tidak memasukkan sesuatu perkataan.istilah ataupun frasa dalam pencarian.Ia mencari semua dokumen yang mengandungi perkataan,istilah ataupun frasa pertama mengecualikan semua dokumen yang mengandungi perkataan kedua.Boolean perlu digunakan seacara berhati – hati kerana ia mungkin mengeluarkan dokumen yang relevan.

3. ERIC ( Education Resources Information Center )
ERIC (Education Resources Information Center ) merupakan contoh abstrak iaitu suatu ringkasan yand diambil daripada pangkalan data. ERIC mengumpulkan maklumat dalam bidang pendidikan sahaja.Maklumat itu termasuk dalam buku, artikel dalam jurnal,kertas persidangan dan sebagainya.Pelbagai maklumat dalam bidang pendidikan boleh didapati dalam pangkalan data abstrak ini.

4. Internet Poster
Poster Internet merupakan sumber maklumat yang biasa pengguna maklumat gunakan untuk mencari maklumat penting atau diperlukan oleh mereka.Internet adalah rangkaian komputer yang merangkaikan satu komputer dengan komputer yang lain menggunakan protokol kawalan pengantaraan yang direka khas iaitu TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).Semua komputer yang membentuk rangkaian itu menggunakan perisian yang berfungsi memberi capaian bagi mendapatkan maklumat.Dibawah penggunaan internet terdapat beberapa enjin pencari yang membantu dalam pencarian maklumat seperti yang biasa digunakan ialah Google.

Lokasi dan capaian
Lokasi dan capaian ini bermaksud dimana mendapatkan sumber maklumat yang sudah dipilih dan mencari maklumat didalamnya.Sebagai contoh,mencari maklumat menggunakan internet akan memaparkan alamat seperti ini http:// dimana maklumat itu berada.Dengan mengetahui lokasi dan capaian maklumat tersebut pengguna maklumat akan lebuh mudah untuk mencari maklumat yang diinginkan dan ia akan member kemudahan kepada para pengguna maklumat tersebut.

Penggunaan maklumat
Penggunaan maklumat bermaksud menbaca,mendengar dan melihat maklumat yang sudah dicari dan mengambil maklumat yang relevan.Walaupun teknologi sekarang semakin meningkat tetapi sebagai pengguna maklumat ynag bijak seharusnya tidak terlalu malas untuk membaca,memdengar dan melihat maklumat yang telah diperolehi tersebut.Sebaiknya pengguna maklumat harus meneliti maklumat tersebut agar lebih faham.
Selain membaca,mendengar dan melihat pengguna maklumat harus memgambil maklumat yang relevan mengikut kehendak dan cirri –ciri yang diperlukan sahaja.

Pengumpulan maklumat
Pengumpulan maklumat ini merupakan kemahiran yang kelima dimana segala maklumat yang telah diperolehi dari mana – mana sumber yang digunakan akan dikumpulkan.
Maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja harus dikumpulkan mengikut keutamaan.Maklumat yang telah dikumpulkan perulah disusun agar maklumat tersebut nampak lebih menarik atau mudah difahami oleh penguna maklumat.
Maklumat yang difahami akan member jawapan bagi permasalahan yang dihadapi.Oleh itu,pengguna maklumat akan mudah memperolehi maklumat tersebut dan mereka boleh membuat keputusan yang tepat.

Penilaian Maklumat
Penilaian merupakan satu tahap dimana pengguna maklumat harus nenilai maklumat tersebut samada ia boleh dipercayai ataupun tidak.Tidak semua maklumat yang diperolehi mempunyai kebenarannya.Oleh itu,pengguna maklumat harus bijak menilai maklumat itu dari segi pengarangnya,tahun terbitan,penerbit atau gaya penulisannya.
Kesimpulannya,untuk mencari maklumat bukanlah suatu perkara yang remeh ia memerlukan kemahiran – kemahiran yang betul agar segala maklumat yang diperolehi terdapat kesahihannya.

MENENTUKAN KETEPATAN MAKLUMAT
Menentukan ketepatan membawa maksud yang sama dengan membuat penilaian terhadap maklumat tersebut.Di bawah subtopik ini akan membincangkan tentang cara yang dapat membantu dalam proses penilaian.Antara caranya ialah berdasarkan analisis mudah dan analisis mendalam.
1. Analisis mudah
Dalam analisis mudah terdapat perkara – perkara yang perlu diteliti seperti pengarang buku.Pengarang buku ini dapat dipastiakn berdasarkan latar belakang pendidikan,pengalaman,hasil tulisan terdahulu sekiranya ada dan di mana pengarang itu bekerja.Biasanya latar belakang ini terdapat pada biodata pengarang.Selain itu,tahun penerbitan sesebuah buku juga perlu kita teliti samada ia penulisan pada zaman dahulu atau pada masa sekarang.Kemungkinan penerbitan pada masa yang sudah lama tidak boleh digunakan lagi kerana masa demi masa berlakunya perubahan.
Seterusnya,adalah penerbit samada ia merupakan penerbit universiti atau ia bersifat akademik dan isi kandungannya boleh dipercayai ataupun tidak.Begitu juga dengan penerbit-penerbit yang berwibawa.Kebiasaannya penerbit seperti ini selalunya memastikan karya terbitannya berkualiti.

2. Analisis mendalam
Analisis mendalam melihat isi kandungan bahan maklumat.Di bawah analisis mendalam ini terdapat perkara yang perlu diketahui antaranya golongan sasaran pengarang tersebit samada untuk santapan umum atau untuk sesuatu golongan tertentu seperti pelajar.Selain itu,perkara yang perlu diteliti dalam analisis mendalam ini adalah seperti liputan,keobjektifan iaitu maklumat yang dieri berbentuk fakta atau pebdapat seseorang.Biasanya maklumat yang berbentuk fakta lebih mudah dipercayai berbanding dengan maklumat yang berbentuk pendapat kerana ia hanyalah berdasarkan pendapat orang – orang tertentu sahaja

KEPERLUAN MAKLUMAT

Kepeluan maklumat dalam banyak situasi hanya diketahui apabila diberitahu ataupun didedahkan kepada suatu maklumat. Biasanya carian maklumat mempunyai tujuan tertentu seperti ingin menyelesaiakn masalah. Selain itu,apabila timbul situasi bermasalah iaitu keadaan di mana pengetahuan seseorang tidak mencukupi bagi mencapai sesuatu tujuan, maka maklumat adalah diperlukan.Dengan itu, manusia memerlukan maklumat apabila tahap pengetahuannya tidak mencukupi bagi menghadapi sesuatu masalah ataupun keadaan.
Selain itu,maklumat juga diperlukan oleh manusia untuk membuat sesuatu keputusan yang muktamad yang akan memberi kepuasan hati seseorang.Maklumat akan memberi gambaran sesuatu yang dikehendaki oleh pengguna maklumat untuk membuat pilihan.Pengguna semestinya akan memilih sesuatu yang terbaik dari pilihan yang baik agar maklumat yang dipilih tersebut memenuhi kehendaknya.Seterusnya ialah maklumat diperlukan untuk pada masa hadapan.Kemungkinan maklumat yang diperolehi akan menjadi satu rujukan bagi mereka yang memerlukan pada masa yang panjang,Malah maklumat – maklumat tersebut berguna untuk generasi akan dating sebagai contoh sejarah Malaysia.
Pengguna memperolehi maklumat yang lebih tersusun melalui enam kemahiran utama carian maklumat tersebut.Maklumat yang diperolehi akan disusun supaya pengguna mudah memahami sesuatu maklumat itu apabila ia tersusun dengan rapi dan teratur mengikut keutamaannya.

RUJUKAN
  1. Panduan Mencari Maklumat. 2006. Irma Idayu dan Yusyiana mansor.Terbitan PTS Profesional.Sdn. Bhd.
  2. Eisenberg,Mike A Big Six Skills Overview Fayetteviile,NY:Big6 Associates,LLC,2003.http://www.big six skills.com
  3. ERIC.www.eric.ed.gov
  4. Backer,Joe.Boolean Searching For the Web.Berkeley,CA:University of Califofnia,2002.http://www.lib.bekeley.edu/Teaching/Guides/Internet/Boolean.pd