Papan Pengajaran

Papan Pengajaran/papan unjuran

Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru
untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.
Terdapat beberapa jenis papan unjuran:
1. Papan Tulis
2. Papan putih
3. Papan Magnetik
4. Papan Flip
5. Papan Pameran / Papan Kenyataan
6. Papan Flanel
7. Papan Gulung
8. Papan Slip
9. papan Elektronik

Papan Tulis (Papan Kapur)
Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.
 Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah
 Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau pealatanistimewa.
 Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.
 Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.



Papan Putih
Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan
Tidak ada habuk
 Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.
 Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.
 Boleh dihasilkan sendiri
Papan Putih














Papan Pameran Papan Kenyataan
Papan Pameran atau papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja muri seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.
Kelebihan
 Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat
 Senang ditampal maklumat
 Tidak memakan ruang
 Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru

Papan Kenyataan













Papan Magnetik
Papan Magnetik di perbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaantersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.
Kelebihan :
 Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah
 Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan.
Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.
Papan Magnetik















Papan Flip
Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.
Kelebihan
Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.
 Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk berlajar berkumpulan.
 Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.
Papan Flip














Papan Flanel
Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keeping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan keatas permukaan papan flannel dengan mudah.
Kelebihan
 Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.
 Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.
 Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan
 Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.
 Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya.
 Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Papan Flannel












  
Papan Slip
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan- bahan lain.
Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.
Kelebihan :
 Boleh dibuat sendiri
 Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah
 Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.
 Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas
Papan Slip




Papan Elektronik
Papan elektronik lebih biasa dipanggil “Smart Board” atau “Interactive White Board”.
Papan jenis ini berciri interaktif. Ia merupan sejenis papan putih yang memaparkan imej
daripada monitor computer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai satu papan sentuh
(touch screen) yang besar. Papan elektronik ini mempunyai saiz yang berlainan. Komputer yang disambungkan kepada papan elektronik ini boleh dikawal melalui menyentuh permukaan papan elektronik ini.Ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari kita ataupun dengan menggunakan elektronik pen yang khas untuk tujuan ini. Gambar ini menunjukkan murid menggunakan elektronik pen untuk menulis jawapan pada papan elektronik.
Papan Elektronik

Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperinci terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.
Kelebihan;
 Mudah dibuat
 Mudah dibawa, digunakan atau disimpan
 Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.
 Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik Darjah

Papan Gulung











_______________________________________________________________________________________
Penggunaan Papan Pengajaran Dalam Pengajaran
Papan pengajaran boleh digunakan untuk semua tahap pelajar. Dengan menggunakan
papan pengajaran, pelbagai jenis aktiviti boleh diadakan. Dalam perbincangan di atas,
anda telahpun melihat beberapa contoh penggunaan papan pengajaran dalam kelas
Kriteria pemilihanan papan pengajaran
  • Sesuai dengan kurikulum
  • Tepat dan kemaskini
  • Bahasa yang digunakan jelas
  • Dapat meningkatkan minat pelajar
  • Tidak bias
  • Mudah
  • Penggunaan warna yang sesuai 

==========================================================================

Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Modul Pengurusan Sumber (Teknologi Pendidikan)
            Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR).
Y.P, Chin (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Program Sarjana Muda 
           Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd., Kuala Lumpur.

Dick,N. ,Carey,L.& Carey,J.O.(2005).The systematic design of instruction (6th ed.)New
          York:Pearson, Allyn and Bacon.

Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,& Smaldino,S.E.(2005). Instructional Media and
          Technologies for learning.(8thed.). New Jersey:Prentice Hall.

Ismail Md. Zain. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
         Publications & Distributors.

Joyce, B.R. (2000). Models of teaching. (6th ed).Boston:Allyn and Bacon. Newby, T.J, (1996).
         Instructional technology for teaching and learning. New Jersey: Prentice Hall.

Noriati A. Rashid, P.Y. Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan W. Kamaruddin W. Hasan (2009),
        Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar,Kuala Lumpur

Roblyer M.D. & Edwards J. (2000). Integrating Educational Technology into Teaching:
        Prentise Hall

Timothy, J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman & James, D.R.(2006).Educational
        Technology for Teaching and Learning (3th ed.). Ohio:Merill Prentice Hall.

Yusuf Hashim (1998).Teknologi Pengajaran.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.